Salah konsep di dalam mengukur Isipadu Cecair
Video 1
Di dalam video 1 ini dapat dilihat bahawa kanak-kanak ini belum dapat memahami konsep cecair. Di mana dia masih keliru dengan bekas yang digunakan. Ia masih beranggapan bahawa kandungan bekas yang lebih tinggi mempunya isipadu cecair yang lebih banyak. Sedangkan jumlah kandungan cecair di dalam kedua-dua bekas adalah sama banyak. Seperti di awal video yang mana bekas yang sama mempunyai air yang sama parasnya. Ini bermakna kanak-kanak ini hanya boleh membeza dengan menggunakan bekas yang sama sahaja. Begitu juga dengan biskut yang ditunjukkan di dalam konsep pecahan ataupun membanding kira dua biskut di mana ia beranggapan bahawa biskutnya adalah sama banyak setelah dipatah dua sedangkan jumlah yang sebenar adalah setengah dari orang dewasa di dalam video ini.
Kanak-kanak yang telah memahami konsep Isipadu Cecair dengan betul.
Video 2
Kanak-kanak di dalam video ini menunjukkan bahawa ia telah mempunyai kefahaman konsep di dalam mengukur isipadu cecair dengan baik, bahkan ia dapat menerangkan dengan ringkas tentang bekas yang digunakan tidak mengubah kandungan cecair yang diukur.
Bagaimana menyukat Isipadu Cecair.
Video 3
Video di atas menunjukkan bagai mana menyukat atau mengukur kandungan isipadu cecair dengan betul. Di mana paras mata hendaklah selari dengan bacaan cecair yang diukur di dalam silinder penyukat sperti yang ditunjukkan di dalam video di atas.
ALAT BANTU MENGAJAR UNTUK MURID TAHUN 2
DAN AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN.
Alat bantu mengajar yang pertama saya gunakan ialah botol air mineral, dan baldi, yang mana kedua-dua bahan ini sentiasa ada di persekitaran murid. Murid-murid juga biasa melihat dan menggunakan alat ini di rumah, di sekolah dan sebagainya. Kebanyakkan murid-murid juga menggunakan botol mineral ini sebagai tabung air untuk di bawa kesekolah. Murid- murid juga akan lebih berminat sekiranya mereka mengetahui bahawa alat yang mereka bawa ke sekolah hari-hari boleh digunakan sebagai alat untuk menyukat cecair.
Baldi Air
Kedua-dua alat ini boleh digunakan untuk juga sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar terutama kepada murid-murid yang berprestasi tinggi iaitu murid-murid yang telah menguasai konsep isipadu cecair dengan lebih baik. Di antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan kedua alat di atas ialah dengan menjalankan eksperimen iaitu murid-murid dikehendaki menyukat air di dalam baldi dengan menggunakan botol mineral kosong yang telah disediakan oleh guru. Murid-murid ini juga telah mengetahui bahawa sebotol air mineral boleh diisi dengan 500 ml air dan 2 botol bersamaan dengan 1000 ml iaitu 1 liter air Sebagai contohnya guru mengisi air penuh di dalam baldi, manakala murid-murid dikehendaki menyukat air dengan menggunakan botol mineral dan sehingga air di dalam baldi habis. Sekiranya murid-murid menyukat sehingga 10 botol maka jawapannya ialah 5000 ml bersamaan dengan 5 liter. Guru juga boleh menyediakan soalan berdasarkan aktiviti ini iaitu dengan menyoal murid. Sekiranya air yang kamu sukat di dalam baldi menggunakan 12 botol mineral, berapakah jumlah air yang ada keseluruhannya ?
Alat bantu mengajar yang kedua yang saya gunakan ialah tiga buah gelas yang berisi dengan air yang berwarna seperti di bawah;
Gelas
Murid-murid akan lebih tertarik sekiranya air yang digunakan berwarna, kerana telah menjadi sifat semulajadi kanak-kanak yang tertarik dengan warna-warna yang ceria. Guru juga boleh menggunakan air yang boleh diminum oleh murid seperti air sirap dan sebagainya. Ini akan menjadikan aktiviti pengajaran lebih menarik di mana murid yang berjaya menyukat air dengan betul seperti soalan atau arahan dari guru boleh minum air tersebut.
Di antara aktiviti yang boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas dengan menggunakan air dan gelas seperti di atas ialah, guru boleh memanggil murid kehadapan untuk menyukat air dalam gelas seperti guru menuliskan perkataan penuh, separuh dan kosong. Guru juga boleh memanggil murid seperti Ali bolehkah kamu tunjukkan kepada cikgu dan rakan-rakan kamu bagaimanakah air yang penuh di dalam gelas yang penuh ini boleh menjadi separuh?. Guru perlu meletakkan sebuah gelas yang berisis air yang penuh di atas meja. Sekiranya guru menggunakan air sirap, murid boleh meminum air tersebut sehingga menjadi separuh. Jika guru menggunakan air yang berwarna dan tidak boleh diminum, maka guru perlu menyediakan sebuah baldi untuk murid menuang air yang ada di dalam gelas kedalam baldi tersebut. Begitu juga untuk menjadikan gelas itu kosong, murid perlu menuang semua air di dalam gelas tersebut ke dalam baldi untuk menjadikan gelas tersebut kosong. Jika guru menggunakan air yang boleh diminum seperti air sirap maka murid tersebut boleh meminum air tersebut sehingga habis. Kreativiti guru amat penting di dalam menjalankan aktiviti pengajaran seperti di atas bagi menarik minat murid mengikuti pelajaran. Aktiviti seperti ini boleh diguanakan kepada murid-murid lemah dan belum menguasai kemahiran menyukat isipadu cecair.
Guru juga boleh menyediakan tiga buah gelas seperti di atas yang diletakkan di atas sebuah meja. Gelas tersebut mestilah disusun sebaris dengan keaadaan penuh, setengah penuh, dan kosong. Murid dipanggil kehadapan dan hanya perlu menunjukkan gelas yang disebutkan oleh guru, seperti Abu tolong tunjukkan kepada cikgu dan rakan-rakan gelas yang menunjukkan setengah penuh atau separuh ?. Murid tersebut dikehendaki menunjukkan kepada guru dan rakan gelas yang berisi separuh sahaja air di dalamnya.